Peringatan
Artikel-artikel
di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada
yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf
(Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah
mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan
pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi
kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru
agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk
AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar
menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul
Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab
Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk
pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak
mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu
sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi
kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
Apakah
rahsia Matrix sebenarnya?Sains mendapati dunia ini tidak 'real'.Semua
keputusan saintifik mendapati struktur alam ini adalah abstrak,infiniti
dan tidak konkrit.Kita bagaikan hidup di alam abstrak yang aneh.Kita
hidup di alam fantasi.
Ini adalah Matrix013,dan ini adalah artikel terakhir dalam edisi ketiga ini.
Amaran
Terakhir!Sila kembali ke pemahaman biasa jika minda anda masih belum
mampu memahami maksud artikel.Matrix013 mengandungi satu rahsia yang
merupakan konsep terpenting Matrix.
-M.O
Ketahuilah
tiada yang wujud selain Dia
tiada yang melihat selain Dia
tiada yang berkata selain Dia
tiada yang mendengar selain Dia
tiada yang berbuat selain Dia
Apa yang kau lihat
hanyalah imej
mindamu yang menafsir
foton-foton dan isyarat elektrik
bukan di luarmu
tetapi mereka di dalam
mindamu
kau mendengar
kau berkata
kau merasa
mindamu yang menafsir
hidup ini hanya mainan dan
kepuraan-puraan
setiap yang hidup
pasti akan mati
Hukum Ketidakpastian Heisenberg:
"sifat-sifat objek bergantung kepada pemerhati"
menjawab persoalan
relativiti
kerana semua yang kau hadapi
relatif kepada pemerhatianmu
sehingga
ruang dan masa
adalah intuisi
mindamu yang menafsir...............
.............................mindamu yang menafsir
bersimpuhlah di depan Tuhanmu
menangislah
mengapa kita dijadikan
dan untuk apa
Hanya Tuhan
yang kekal dan
abadi
Sejak
berabad lamanya,manusia ingin tahu apakah sebenarnya diri mereka ini
dan hubungannya dengan alam sekeliling.Ada yang berguru dengan para
bijak pandai dan pendeta agama.Ada yang melakukan pertapaan
berminggu-minggu.Ada yang berpuasa.Ada juga yang menyakiti diri sendiri
semata-mata ingin tahu tujuan dan mengapa mereka berada di dunia.
Kita
kadangkala bermimpi ketika tidur,namun apakah yang terjadi sebenarnya
ketika kita bermimpi?Kita merasakan terbang melayang atau bersiar-siar
ke dunia lain.Ada yang pernah melihat kaum keluarga atau orang-orang
yang telah meninggal dunia.Mimpi bagaikan satu dunia lain yang fantasi
dan aneh.Apakah sebenarnya mimpi itu?Adakah ketika itu roh kita
benar-benar keluar dari tubuh?
Adakah mimpi ini
berkaitan dengan dunia kita sekeliling?Apakah maksud mimpi ini
sebenarnya?Apabila kita mati,adakah kehidupan lain selepas itu,atau
kisah hidup kita tamat di sini?Apakah makna hidup ini.Mengapa kita di
sini?Siapa yang melakukan semua ini dan apa tujuan dia?
Terdapat
persoalan yang misteri di sini.Ada sesuatu yang tidak kena.Jika hidup
terhenti di sini,atau hanya kebetulan berdasarkan hukum evolusi,apakah
sebenarnya mimpi itu?Bagaimana kita boleh mengingati mimpi kita selepas
bangun dari tidur?Ini bermakna minda kita masih berfungsi ketika
tidur.Jadi,bagaimana minda tidak mati padahal tubuh kita mati dan tidur?
Apakah hubungan minda dan tubuh??
Hubungan Minda dan Tubuh
"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"
(Stephen R. Covey)
Otak manusia
terdiri daripada tiga komponen struktur utama:cerebrum yang berbentuk
kubah-besar,terletak di atas,cerebellum yang terletak terpencil di
bahagian bawah dan stem yang terletak ditengah-tengah.Otak manusia
adalah pusat kawalan bagi pergerakan,tidur,rasa lapar,dahaga dan
aktiviti-aktiviti lain untuk berhidup.Otak sekian lama dikaitkan sebagai
organ untuk menusia berfikir.Saintis mengatakan emosi juga dikawal oleh
otak.Otak menerima dan menterjemah isyarat-isyarat yang tak terkira
banyaknya yang diterima dari seluruh tubuh manusia juga dari
persekitaran luar.
Otak juga terbahagi kepada 3
bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak reptilian.Denyutan
saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m
sesaat(Heimler dan Lockard).Otak Neocartex terbahagi kepada 2 cerebrum
iaitu otak kanan dan otak kiri.Otak kanan adalah otak artistik manakala
otak kiri adalah otak logik.Selain daripada itu,dalam otak kita
mempunyai neuron.Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung
diantara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan
proses penghantaran maklumat di antara satu neuron dengan neuron yang
lain.
Otak terbentuk dari dua jenis sel:
neuroglia dan neuron. neuroglia berfungsi untuk menunjang dan melindungi
neuron, sedangkan neuron membawa maklumat dalam bentuk isyarat
elektrik.Mereka berkomunikasi dengan neuron yang lain dan ke seluruh
tubuh dengan mengirimkan berbagai macam bahan kimia yang disebut
neurotransmitter .Neurotransmitter ini dikirimkan pada celah yang
dikenal sebagi sinaps.Sinaps berfungsi sebagai penghubung antara
neuron-neuron yang ada dalam otak manusia.Jumlah sinaps itulah yang
menentukan tahap kecerdasan otak kita.Jumlah sinaps dalam otak kita
biasanya berjumlah 10 trilion,tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan
baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang
jarum.Invertebrata seperti serangga mungkin mempunyai jutaan neuron pada
otaknya,vertebrata besar mampu mempunyai hingga seratus bilion neuron.
Jadi
kesimpulannya,struktur otak kita dicipta untuk mewujudkan neuron.Dan
neuron ini penting kerana ia terdiri dari sinaps iaitu bertindak
seolah-olah kabel penghubung antara neuron-neuron.ANDA NAMPAK RAHSIA INI?
Kabel,transmitter
dan isyarat elektrik adalah kunci kepada rahsia ini.Dalam mukaddimah
Matrix011 yang lepas,ada diterangkan tentang Sains Biologi sepintas
lalu.Biologi mengatakan bahawa sel kita terdiri daripada kromosom yang
membawa DNA.DNA adalah bahan kimia yang mengandungi maklumat genetik
yang penting.Data-data ini termasuk warna kulit,jantina,ciri-ciri tubuh
atau bentuk wajah seseorang.
Mari kita
gabungkan pengetahuan dalam bidang Kimia dan Biologi.Selepas kita
cantumkan semua petunjuk ini,kita akan mencapai pintu kepada rahsia
Matrix sebenar.
Otak kita sebenarnya bertindak
sebagai trasmitter-receiver,ia seperti peralatan radio atau satelit.Sel
otak berbeza dengan sel-sel lain di tubuh manusia.Ia terdiri daripada
neuron.Neuron-neuron ini bertindak seperti operator yang menyambungkan
talian ke talian yang dikehendaki.Dalam terminologi Matrix,neuron
seumpama router (penghala) yang membahagi-bahagikan maklumat yang
dihantar kepadanya.Dalam komputer,neuron umpama CPU yang memproses
maklumat dan menghantarnya ke destinasi.Sinaps pula umpama pipeline di
dalam struktur memori cip.Neuron yang banyak tetapi kekurangan sinaps
adalah kurang cekap berbanding otak yang mempunyai jumlah sinaps yang
lebih banyak.
Dari mana otak menyerap
maklumat?Dari perkakas input seperti mata,hidung,telinga,lidah dan
kulit.Maklumat ini ditukarkan ke dalam bit-bit isyarat elektrik dan
diserap oleh neuron.Neuron juga ibarat server yang memproses maklumat
dan menukarkannya kepada bahan kimia yang dipanggil
neurotransmitter.Bahan kimia inilah yang dihantar melalui sinaps ke
destinasi yang ditetapkan.ANDA FAHAM SETAKAT INI?
Sel-sel
tubuh manusia pula terdiri daripada kromosom yang membawa DNA.DNA
adalah jujukan maklumat yang berstruktur.Kemajuan dalam Sains Biologi
telah mampu memecahkan kod-kod DNA ini kepada maklumat yang boleh dibaca
manusia.Namun hanya sebilangan kecil sahaja maklumat ini yang boleh
dibaca.Padahal terdapat mungkin beratus atau beribu kombinasi kod yang
masih cuba dipecahkan (decode) oleh saintis.Inilah permulaan kepada
Genome Project dan pengklonan.Warna kulit dan jantina dapat disahkan
maklumatnya di dalam DNA.Begitu juga corak cap jari.Terdapat maklumat
genetik yang penting di dalamnya dan pada hari ini saintis mendakwa
mampu mengecam seseorang walaupun tubuhnya terbakar atau
terpotong-potong kecuali jari-jemarinya,kerana pada hujung jari khasnya
corak cap jari itu sebenarnya mengandungi semua maklumat biologi manusia
tadi.
"Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."
(AlQiyaamah ayat 4)
NAMPAKNYA MANUSIA MEMBAWA MAKLUMAT DIRINYA YANG TELAH TERTULIS PADA TUBUHNYA KE SANA KE MARI.
JIka
kita gabungkan semua 'clue' ini,kita akan perasan bahawa maklumat yang
dibawa oleh neurotransmitter melalui sinaps akan dihantar ke SEL-SEL
SELURUH TUBUH MANUSIA.Bahan kimia neurotransmitter akan bertukar menjadi
DNA,juga sejenis bahan kimia.Inilah cara manusia bertindak dengan
maklumat yang diterimanya.
Contoh paling mudah
ialah,tangan kita yang tersentuh cerek panas.Secara automatik,tangan
kita akan terangkat dari permukaan panas itu.Konsep luaran amat
mudah,benda panas membuatkan kita sakit dan sebab itu tangan kita
terangkat.Jika ditafsir lebih ilmiah,sistem saraf kita bertindak balas
dengan rasa panas.Namun sebenarnya proses tadi mengambil tindakan
penghantaran maklumat yang teramat kompleks,bermula daripada komunikasi
antara neuron,pemilihan dan pemprosesan maklumat yang banyak;penukaran
isyarat elektrik dari input kulit tangan tadi kepada bahan kimia
nerotransmitter yang membawa maklumat 'panas' tadi.Kemudian proses
penghantaran melalui sinaps,kurang sinaps maka jaringan penghantaran pun
lambat maka makin melecurlah tangan tadi.Data dalam bentuk
neurotransmitter ditukar pula kepada DNA (deoxyribonucleic acid) sejenis
asid yang mengandungi maklumat kemudian akan dihantar pula ke sistem
saraf yang memerlukannya.Dalam kes ini,saraf pada tangan akan
bertindakbalas.

Dari
ini kita tahu,sel otak mempunyai neuron.Sel tubuh mengandungi
kromosom.Neuron membawa bahan kimia dipanggil neurotransmitter,manakala
kromosom membawa bahan kimia yang dipanggil DNA.Bahan-bahan kimia ini
mengandungi data-data.Neuron menukarkan isyarat elektrik kepada data
dalam komposisi kimia.Dan kromosom menukarkan data dalam komposisi kimia
ke isyarat elektrik semula.
Ini ibarat apabila
kita menaip pada papan kekunci,isyarat elektrik akan ditukar kepada kod
binari yang akan dihantar ke CPU.Setelah diproses,kod binari tadi akan
ditukar ke isyarat elektrik dan dipaparkan pada skrin komputer.Begitu
juga apa yang kita taip pada browser,akan ditukar kepada kod
HTML,kemudian ditukar kepada format yang dapat dibaca.Begitu juga
apabila kita menghantar email,maklumat yang kita hantar akan ditukar
kepada paket-paket data dalam bahasa mesin/elektronik kemudian
digabungkan semula dan ditukar kepada bahasa manusia.
JIKA SINAPS ADALAH MEDIUM PENGHANTARAN BAGI NEUROTRANSMITTER,APA PULA MEDIUM PENGHANTARAN BAGI DATA DALAM DNA?
Syaitan dan Sel Darah Merah
“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)
Sel
tubuh manusia dikategorikan kepada dua:sel darah putih dan sel darah
merah.Sel darah putih bertindak sebagai komponen pertahanan tubuh
badan;Sistem Daya Tahan Tubuh Melawan Penyakit.Virus AIDS bertindak
memakan sel darah putih ini,sebab itu ia mampu melumpuhkan sistem
ketahanan tubuh.Kita tinggalkan sel darah putih,kita mahu fokus kepada
sel darah merah.Sel darah merah bertindak sebagai MEDIUM PENGHANTARAN DALAM SISTEM TUBUH.Sel
darah merah membawa oksigen ke otak.Sel darah merah membawa makanan
atau nutrien ke seluruh tubuh untuk tumbesaran.DAN SEL DARAH MERAH JUGA
MEMBAWA DATA-DATA KE KROMOSOM.
Sel darah merah
umpama sistem pengangkutan.Bas,jalanraya,teksi,LRT,keretapi,kapalterbang
atau seumpamanya dan itulah fungsi sel darah merah.Struktur sel darah
merah juga dapat menggambarkan tugasnya;seperti sebuah bekas yang
melengkung di tengah,guna untuk menampung apa saja.Kita mengenal sel
darah merah ini sebagai DARAH sahaja.
Darah
mengalir ke seluruh tubuh.Ia mengalir melalui sejenis sistem saraf yang
dikenali sebagai pembuluh darah.Darah adalah 'transporter' atau posmen
atau kakitangan mel seperti FedEX.Selain nutrien,oksigen dan
lain-lain,ia juga membawa data-data dari otak atau dari tubuh ke otak.
Kromosom
memanfaatkan perkhidmatan darah ini untuk menyimpan data-data yang
dibawanya ke dalam 'perpustakaan digital' yang terbina-dalam (built-in)
di dalam DNA.Jadi dari sini kita tahu kemampuan darah membawa data yang
dikirimkan oleh neurotransmitter,kemudian dibawa oleh darah kepada
kromosom dan dihantar kepada DNA.RAHSIA PERTAMA DARI SINI ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN MEMANG MEMPENGARUHI TUBUH BADAN KITA.Dengan
kata lain,data dalam otak kita akhirnya menjadi data dalam sel tubuh
badan kita dan sel tubuh akan bertindak berdasarkan maklumat di
dalamnya.Seperti mana sistem bas yang mempunyai terminal bas,keretapi
yang mempunyai stesen keretapi atau kapal terbang yang mempunyai
lapangan terbang,DARAH SEBAGAI KOMPONEN PEMGANGKUTAN PASTI ADA TERMINALNYA JUGA.Apakah itu?
Ia adalah qalb.
Terdapat
dua konotasi tentang qalb,pertamanya mengikut terjemahan harafiah,ia
bermaksud jantung.Ini adalah benar kerana jantung berfungsi sebagai alat
mengepam darah ke seluruh tubuh;mengedarkan darah.
Namun
ulama Nusantara lebih cenderung menterjemahkannya sebagai hati dan hati
dalam konteks ini bermaksud jiwa (Bahasa Melayu mempunyai dua definisi
tentang makna hati,pertama sejenis organ dalam tubuh,dan kedua bermaksud
jiwa atau perasaan).Ulama Nusantara bukan salah terjemah kerana mereka
sudah pasti pakar dalam bahasa Arab,namun ulama Nusantara yang lebih
kepada spiritual bukannya sains lebih cenderung menafsirkan qalbun
berdasarkan tafsiran di dalam AlQuran.Qalbun ditafsirkan lebih kepada
akal/jiwa di dalam AlQuran.Namun jika kita melihat fungsi hati,ia juga
memainkan peranan penting dalam tubuh manusia.
Hati
manusia memproses bahan kimia dan dihantar melalui darah.Sebab itu
kadangkala hati digelar 'chemical factory'.Hati juga mengawal kandungan
glukos dalam darah.Tanpa hati yang berfungsi dengan baik,darah akan
menjadi pengangkutan yang 'jahat',membawa bahan kimia yang
beracun,berasid atau salah ke sistem tubuh.
Namun
dalam konteks ini,jantung lebih tepat memandangkan nabi berkata
persoalan 'segumpal daging' (organ manusia) dan mengingatkan ketika
peristiwa Isra' Mi'raj,Malaikat Jibril membelah dada nabi untuk mencuci
jantung,kerana jantung terletak di dada.
"…Ingatlah!
Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang.
Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja
yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu
ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan
jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak
bukan itulah yang dikatakan qalbun"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Lihat,Nabi
Muhammad bukanlah doktor tetapi bagaimana baginda mengetahui fungsi
jantung lebih 1400 tahun dahulu?Inilah wahyu yang dilhamkan kepada nabi
Muhammad s.a.w.Bukan rekaan nabi sendiri.
Hari
ini serangan jantung amat merbahaya,dan pengetahuan tentang jantung amat
penting dalam disiplin perubatan sehingga ditubuhkan Institut Jantung.
Jantung berfungsi mengedarkan darah;sama seperti fungsi terminal bas,keretapi atau kapal terbang.
Dalam
terminologi Matrix,organ ini (qalb) dicam sebagai jantung,namun di
Matrix roh,ia adalah jiwa manusia;sesuatu yang lebih abstrak dan sukar
untuk dijelaskan.
Berbalik kepada darah,nabi
juga memberitahu kita satu maklumat yang penting,iaitu syaitan mampu
bergerak bebas di dalam pembuluh darah:
“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)
Dalam
konotasi hantu di dalam budaya masyarakat dunia,hantu-hantu ini
menyukai darah dan digambarkan hantu terutamanya vampire (pontianak)
atau drakula amat gemar menghisap darah manusia.Apa kaitan syaitan atau
hantu ini dengan darah?Sebenarnya syaitan menggunakan darah SEBAGAI MEDIUM PENGANGKUTAN KE DESTINASI OTAK MANUSIA.Dan
darah juga memgandungi maklumat penting atau membawa data-data dari
otak atau ke otak.Sebab itu syaitan mampu membaca fikiran manusia dan
menimbulkan godaan-godaan dalam bentuk suara-suara hati.Syaitan juga
mampu memintas data yang dibawa oleh darah.Syaitan juga mampu
menimbulkan syahwat.Seperti yang umum ketahui,alat sulit lelaki mencapai
ereksi apabila darah dipam secara agresif ke alat sulit.Jika syaitan
sudah menguasai sistem darah dan kawalannya di otak,sudah pasti manusia
tadi akan sentiasa berfikir perkara-perkara lucah.
Sampai di sini,adakah anda faham kaitan tubuh manusia dengan Matrix yang dia berhidup?Ok,biar kami terangkan lagi.
Sel-sel tubuh manusia sebenarnya membawa maklumat.INI ADALAH RAHSIA KEDUA.Seterusnya sel-sel inilah membentuk struktur tubuh manusia.JADI MANUSIA SEBENARNYA MEMBAWA MAKLUMAT.Atau
manusia sendiri adalah maklumat itu.Manusia seolah-olah sebuah buku
atau kitab yang boleh dibaca.Strukturnya penuh dengan aliran
data-data,terhasil dari katalog-katalog di dalam perpustakaan digital
yang terbina di dalam DNA.Manusia adalah manifestasi alam ini.Inilah
maksud dari kata-kata sufi.Tasawuf bertemu Sains di sini.
Rahsia
pertama tadi,data di dalam otak kemudiannya menjadi data di dalam sel
tubuh.Maksudnya APA YANG KITA FIKIRKAN MENJADI MAKLUMAT DALAM TUBUH
KITA.JIka kita fikir kita kuat,lambat laun kita akan benar-benar
kuat.Fisiologi kita akan bekerja mengikut apa yang kita fikirkan.JIka
kita fikirkan boleh,kita akan boleh melakukannya (anda masih ingat lirik
lagu ini?)
Tiga ratus tahun yang lalu,Newton menegaskan bahawa semua benda mempunyai realiti tertentu dan tidak berubah.Tetapi hari ini
Fizik Kuantum dan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg telah mengemukakan pandangan berbeza,
"bahawa sifat sesuatu benda SEBENARNYA diubah oleh pemerhatinya"!
Kajian
dalam Mekanik Kuantum mendapati corak orbit elektron pada atom-atom
berubah-ubah mengikut aras tenaga tertentu.Dan aras-aras tenaga ini
boleh dikawal melalui gelombang elektromagnet.Dan kajian dalam bidang
Neurologi pula ,mendapati gelombang otak manusia dapat dipancar keluar
melalui frekuensi tertentu dan mampu mempengaruhi gelombang
elektromagnetik.
APAKAH MAKSUD SEMUA INI??!
"Matrix Adalah Apa Yang Anda Percaya"
"Aku selalu mengikut apa jua sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku,dan Aku selalu menyertai hambu-Ku ketika dia berzikir kepada-Ku"
(Hadis Qudsi,dipetik dari Hikam)
Maksud
hadis qudsi di atas amat mendalam.Allah s.w.t akan mengikut apa jua
sangkaan kita terhadapnya.Jika kita fikir Tuhan itu pemurah dan
penyayang,maka itulah yang kita dapati.Sebaliknya jika kita fikirkan
Tuhan kitu kejam dan zalim,anda boleh agak apa yang akan terjadi.
Di sini Tasawuf bertemu Sains.Dan Sains menjadi alat untuk menjelaskan Tasawuf.
Mari kita pergi kepada RAHSIA SEBENARNYA.Penjelasan yang panjang hanya akan memeningkan lagi persoalan Matrix ini.
Adakah anda pernah bermimpi?Sudah tentu, bukan?
Ok,adakah
anda pernah mengalami suatu perasaan di mana apabila anda memandang
wajah seseorang,anda seperti pernah melihat wajahnya.
"Macam pernah ku lihat,tetapi di mana ya?"
Dalam
istilah saintifik,ini dipanggil deja vu.Kadang-kadang deja vu ini
merangkumi tempat dan situasi sekali.Deja vu terbahagi kepada
dua,pertama deja vu yang terhasil dari ketidakcekapan memori,kita memang
pernah melihatnya cuma kita lupa dan juga termasuk kategori ini adalah
deja vu mimpi,kita pernah melihat seseorang atau tempat yang sama
seperti yang pernah kita mimpi.
Neo: Whoa, deja vu.
Kategori
yang kedua adalah 'deja vu anomaly'.Deja vu ini adalah deja vu di mana
kita memang pernah lihat seseorang tetapi bukan dalam mimpi dan bukan
sepanjang kita kehidupan kita.Ia tiada di mana-mana dalam kehidupan
kita,namun kita terasa pernah melihatnya.
Trinity: A deja vu is usually a glitch in the Matrix. It happens when they change something.
Ini
adalah PETUNJUK KEPADA DUNIA MATRIX SEBENAR.Matrix yang kita berhidup
sekarang ini cuma simulasi data yang dihantar melalui minda.MINDA ADALAH WAKIL KEPADA ROH DALAM PENGECAMAN MATRIX MANUSIA.Minda yang masih berfungsi walaupun kita tidur bermaksud roh kita bukanlah sebenarnya berada di dalam Matrix dunia ini.ROH KITA BERADA DI SUATU LOKASI YANG LAIN.
Matrix yang lain.
Matrix lebih tinggi.
Tidur
adalah fungsi 'hibernate' tubuh kita.Sistem tubuh berhibernasi namun
bukan minda.Minda ketika itu hanya melihat skrin yang mewakili Matrix
dunia,terpadam dan dalam keadaan gelap.Dan minda di bawa ke Matrix
lain.Maha Suci Tuhan yang memiliki Matrix-matrix yang tidak terkira
banyaknya.Jika kita tidak bermimpi,bermaksud minda kita tidak melihat
skrin lain.Dan ia tetap tinggal di dalam skrin gelap Matrix dunianya.Ia
berdiam tetapi tidak mati.
Di dalam Matrix manusia,ia adalah MINDA.
Di dalam Matrix lain yang misteri,ia adalah roh.
Namun
minda bukanlah roh,ia adalah sebahagian komponen dari roh,kerana
persoalan roh adalah terlampau kompleks dan manusia tidak layak dan
tidak mampu memikirkannya.
"Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk
urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan
sedikit."
(Al Israa' ayat 85)
Roh manusia tetap di Matrix lain.Ia diatur bersusun-susun.Berapakah jumlah roh di dalam Matrix ini?
Jumlahnya
adalah sama dengan jumlah manusia sejak nabi Adam dicipta sehingga
manusia terakhir yang dimatikan sebelum hari kiamat.
Ini
bermakna juga,bayi-bayi yang belum lahir juga telah ada rohnya di
sini.Apabila tiba waktunya,roh ini di'plug in' ke dalam Matrix dan
berubah menjadi seorang bayi comel di Matrix manusia.
Roh
tidak akan hilang,tercemar (corrupt),dipadam (delete) atau ditindan
(overwrite).Hanya minda manusia sahaja boleh menjadi demikian.
Selepas
manusia di'plug out' dari Matrix dunia,rohnya akan dipindahkan
berdasarkan keputusan simulasi minda yang dia jalankan.Adakah sama
dengan apa yang dia janjikan sebelum di'plug in'??
Allah
Swt berfirman: "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap
jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka
menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan
yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap
ini (keesaan Tuhan)", atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya
orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang
kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka,
apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang
sesat dahulu"
(QS. Al A'raf: 172-173)
Roh
yang mendapat keputusan positif,akan bergerak ke 'Iliyyin;tempat roh
orang beriman.Roh yang mendapat keputusan negatif,akan bergerak ke
Sijjin;tempat roh orang fasik,munafik dan kafir.Ini adalah asas di mana
terdapat lagi kategori roh,seperti roh kanak-kanak orang kafir,dan kita
boleh merujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama untuk mengetahuinya
secara terperinci.
JIKA
ANDA TIDAK MAMPU MENCERNA PENGETAHUAN DI ATAS,KAMI NASIHATKAN KEMBALI
KE PEMAHAMAN TRADISIONAL.INI LEBIH BAIK.PEMAHAMAN YANG SALAH ADALAH AMAT
BERBAHAYA DAN MEMUDARATKAN ANDA.
Jadi,kita
sebenarnya hidup di dalam simulasi minda sahaja.Apa yang kita
rasa,lihat,sentuh,hidu dan dengar adalah sekadar isyarat-isyarat
elektrik yang bersimpang-siur di dalam trafik data yang berkelajuan
tinggi sahaja.Minda kita yang merasakan semua itu,dan tubuh kita adalah
jujukan data yang membantu minda memahami Matrix.Manakala 'tubuh'
sebenar kita masih berada di..
'The Real World'
-----------------------------------------------------
Terminologi
Matrix manusia/dunia:Matrix di mana manusia bertempat kini.
plug in:Kemasukan ke Matrix.
plug out:keluar dari Matrix.
pipeline:Rangkaian
terminal di mana digunakan oleh komputer untuk membawa arahan.Lebih
banyak pipeline maka lebih pantas dan cekap CPU bekerja.
deja
vu:Pengalaman di mana otak kita mengesan kewujudan memori yang pernah
wujud sebelumnya namun masih kabur identiti atau data-data
mengenainya.Di dalam Matrix,deja vu adalah fenomena di mana ejen di
dalam Matrix telah dapat mengesan ejen lain di mana kedua-dua ejen
pernah berkenalan semasa menjadi host di luar Matrix.Di dalam penjelasan
agama,kita mungkin pernah melihat seseorang itu ketika berada di alam
roh.
----------------------------------------------------
On the phone:
I
know you're out there. I can feel you now. I know that you're afraid.
You're afraid of us. You're afraid of change. I don't know the future. I
didn't come here to tell you how this is going to end. I came here to
tell you how it's going to begin. I'm going to hang up this phone and
then I'm going to show these people what you don't want them to see. I'm
going to show them a world without you, a world without rules and
controls, without borders or boundaries, a world where anything is
possible. Where we go from there, is a choice I leave to you...
Matrix 3rd Density Chapter I completed...