
WARNING! ACHTUNG!
The Matrix 3rd Density
Apakah
hubungan tubuh dengan minda kita?Bagaimana ketika kita bermimpi,minda
kita seolah-olah menerawang ke mana-mana sedangkan tubuh kita terdiam
kaku?Ke manakah orang-orang yang sudah mati itu pergi?Adakah apabila
tubuh mereka mati,maka minda mereka turut mati?Adakah terdapat kehidupan
selepas kematian?Bagaimana kehidupan selepas kematian itu terjadi?Di
dunia yang bagaimana?Mengapa kita tidak dapat melihat mereka?
Di
manakah diri kita atau minda kita sebelum wujud di dunia ini?Bagaimana
segumpal darah dan daging di dalam kandungan ibu kita boleh berubah
menjadi tubuh dan minda kita?Jika minda kita sudah ada sebelum dalam
kandungan ibu lagi,di dunia yang bagaimanakah minda kita
bertempat,sebelum terwujud di dunia yang kita hadapi kini?Adakah kita
pernah hidup di dunia lain sebelum dunia yang kita berhidup kini?
Siapa
yang memasukkan dan mengeluarkan minda kita atau lebih tepat roh;dari
dunia kepada dunia yang lain dan apa tujuan dia?Mengapa dia melakukan
begini dan apakah kepentingannya?
Apakah
sebenarnya dunia ini?Adakah bumi dan alam semesta ini benar-benar
ada?Adakah makhluk lain di planet lain atau galaksi lain yang jumlahnya
tidak terhitung banyaknya?Jika tiada,mengapa alam semesta ini
diciptakan?Untuk siapa alam semesta yang sebegini luas ini diciptakan?
SEbelum
Adam turun ke dunia,di manakah dia tinggal?Adakah di planet lain atau
di galaksi lain?Adakah Adam turun ke dunia menaiki pesawat yang teramat
canggih?Atau jatuh seperti burung kepatahan sayap terus ke bumi?Adakah
'dunia' yang dimaksudkan itu benar-benar bumi ini atau seluruh alam
semesta ini?Jika begitu di manakah Adam bertempat sebelum turun ke alam
semesta ini?Adakah ada alam semesta yang lain?Adakah Adam turun ke dunia
ini bersama-sama tubuh dan minda atau hanya minda sahaja kemudian mula
bertubuh apabila sampai ke 'langit dunia'??
Apakah sebenarnya kehidupan kita ini?Mengapa kita hidup?Mengapa kita diciptakan?Apa tujuan kita diciptakan?
SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU MATRIX ANDA

Kepada
yang telah mengikuti siri ini,tahniah diucapkan.Kepada yang baru,anda
diberi amaran supaya menyemak kembali siri-siri sebelumnya.Ini penting
untuk mengelakkan ANDA LEMAS DALAM KEKELIRUAN SENDIRI.
Siri
The Matrix telah memasuki 3rd density dan ini merupakan satu siri yang
penting.Kandungan siri ini terdiri daripada material yang agak berat dan
mencabar minda.Sebab itu kami menasihatkan anda supaya:
1. Baca dengan teliti.Jangan membaca secara sekilas pandang (skip)
2. Tidak digalakkan membaca ketika kesibukan,anda dinasihatkan membacanya pada waktu lapang dan tenang.
3.
Selalu merujuk pada AlQuran dan Hadis.Jangan terkejut,sebenarnya
AlQuran mengandungi terlampau banyak kunci-kunci rahsia The Matrix.
Material
The Matrix adalah yang lain dari yang lain.Ia bukan bahan bacaan ilmiah
yang biasa tetapi kandungannya 1000 tahun ke hadapan.Biar kami beritahu
rahsia dari mana material The Matrix ini berasal.Terdapat dua sumber
pengetahuan The Matrix.Pertamanya,dari sumber-sumber Barat.Tahukah anda
bahawa produser filem The Matrix Trilogy telah membayar sejumlah bayaran
yang mahal kepada orang yang mempunyai idea asal The Matrix ini?Orang
ini telah menerbitkan material berkaitan seawal 1980-an lagi!Dan dari
sini pihak berkaitan mengarahkan Wachowsky Brothers untuk mengendalikan
filem fiksyen sains itu.Orang ini adalah bekas intelligen Amerika dan
mempunyai kaitan dengan CIA dan 'shadow government'.
Berita buruknya,semua material dan hasil penyelidikan orang ini 'terlepas' ke tangan kami.
Semua
material The Matrix dari sumber-sumber Barat ini datang dari pelbagai
punca seperti Theosophy (Secret Doctrine),Kabbalah,Sufism,Kitab-kitab
Hindu,Hermetic,falsafah Buddha dan kajian sains.Namun terdapat satu
sumber terbesar mereka,iaitu dari para makhluk yang hidup lebih awal
dari manusia.Malangnya,makhluk-makhluk ini memberitahu mereka sebahagian
kebenaran dan yang lain adalah kepalsuan yang ditokoktambah.
Sumber
kedua ialah dari AlQuran dan pemberitahuan dari Nabi Muhammad
s.a.w.Satu maklumat yang perlu diberitahu,bahawa orang-orang Yahudi amat
meyakini apa yang keluar dari mulut Nabi Muhammad s.a.w.Tepatnya,para
Elit Yahudi.Para Elit Yahudi ini lebih menghafal perwatakan dan rupa
paras Nabi Muhammad s.a.w melebihi perwatakan anak-anak mereka sendiri
beratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w!Nabi-nabi mereka ada
mengkhabarkan kehadiran messiah terakhir dan ramalan-ramalan dibuat
oleh para rabbi dan cendekiawan mereka.Ini termasuklah bahawa mereka
tahu bahawa messiah ini akan tinggal di Madinah dan orang-orang Yahudi
ini sanggup berpindah ke Madinah beramai-ramai dengan harapan keturunan
mereka menjadi banyak di Madinah (dahulunya dikenali sebagai Yathrib)
jadi kemungkinan messiah itu akan lahir dari kalangan bangsa mereka.
Mereka
percaya kata-kata nabi kerana bagindalah messiah yang diramalkan
itu,tetapi kerana baginda lahir sebagai seorang Arab bukannya Yahudi
atau Bani Israel maka kerasulannya ditolak.Contoh yang terkenal ialah
Nostradamus.
Sebenarnya banyak lagi rahsia yang anda,dan juga kami tidak ketahui.
Adakah
anda pernah mendengar hadis yang menyebutkan perihal Perang Dunia I dan
II,tentang Hitler dan Napoleon?Apakah rahsia yang dibisikkan oleh Nabi
kepada penjaga rahsianya iaitu Huzaifah Ibnu Yaman r.a?
INI ADALAH AMARAN TERAKHIR
Jika
anda berasa selesa dengan kehidupan anda sekarang,anda boleh
meninggalkan The Matrix.Terlibat dengan material The Matrix hanya akan
membahayakan kesihatan anda.
Kepada pembaca tegar The Matrix sebelum ini,anda sedang memasuki tahap kesedaran 3rd density.
KAMI
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEMUDARATAN DAN KEMALANGAN
SETELAH ANDA TERLIBAT DENGANNYA.SEGALA RISIKO ADALAH DI BAWAH PILIHAN
DAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.
Adakah anda sudah bersedia?

MATRIX HAS YOU.
Alhamdulillah...ilmu yg meransang dan merenjat minda
BalasPadam