Aku terpanggil untuk menulis entri ringkas ini sebagai response kepada isu kalimah Allah yang semakin hangat diperkataan di negara kita ni.
Kebanyakan orang Islam memang tak setuju untuk puak puak kristian ini menafsirkan perkataan Jesus/God dalam Bible dengan perkataan Allah. Para ulama di Malaysia juga kebanyakannya juga tidak menyetujuinya.Namun kita kena faham sebab utama ulama2 ini tidak menyetujuinya. Sebab utamanya adalah bagi mengelakkan kesalah fahaman umat Islam yang mungkin mengakibatkan kepada pengaruh pluralisme agama.
Sedar atau tidak bila dibaca komen2 di facebook mahupun dia blog blog, terdapat umat islam di negara ini mengatakan atau membawa maksud bahawa yang "Allah itu tuhan orang Islam, bukan tuhan orang kafir". Ternyata kenyataan seperti ini adalah amat merbahaya kepada akidah. Kenyataan ini lebih bahaya daripada kalimah Allah itu digunakan di dalam Bible atau kitab2 agama lain. Konsep tauhid yang kita pegang bahawa Allah Maha Esa, Allah tuhan seluruh alam ini. Maka adalah amat terpesong jika kita mengatakan Tuhan orang kristian bukan Allah, kerana dengan kenyataan seperti itu secara tidak langsung kita mengatakan ada tuhan lain bagi orang kristian atau untuk orang buddha atau hindu.
Sebagai umat Islam kita patut yakin yang Allah itu adalah tuhan seluruh alam termasuk juga manusia yang beragama apa sekalipun, sama ada orang kafir itu percaya atau tidak bahawa Allah itu tuhan yang esa, namun Allah jualah tuhan mereka mereka ini, kita umat Islam patut berpegang teguh bahawa tidak ada tuhan lain selain Allah. Pada orang kristian atau agama lain kita perlu anggap mereka salah kefahaman tentang keesaan Allah atau mereka ini mensyirikkan Allah dan mereka menolak syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Cuba hayati dua dialog dibawah ni.. mungkin ia dapat meningkat kefahaman kita tentang hal ini
Dialog 1:
Anak : Babah.. siapa tuhan kita.?
Bapa : Allah la nak..
Anak : Tuhan kita ada berapa?
Bapa : Tuhan kita ada satu je.. Allah yang Maha Esa..
Anak : Ooo.. camtu.. Tuhan Ronaldo sapa lak?
Bapa : Ronaldo mana?
Anak : Alah.. yang main bola tu..
Bapa : OOoo.. dia kristian.. tuhan dia jesus la..
Anak : Tuhan K.Rajagobal lak?
Bapa : Tuhan dia ada byk.. babah pun tak tau nama dia..
Anak : Eh.. tadi babah kata tuhan ada satu je.. kenapa plak tuhan kepada ronaldo tu Jesus plak dan tuhan k rajagobal ada byk lak??
Bapa : Kita orang Islam.. Tuhan kita ada satu je..
Anak : OOoo jadik.. tuhan kita ada 1.. tuhan kristen satu.. tuhan hindu byk.. jadi kalau campur semua jadik byk tuhan la babah..
Bapa : [terdiam.. Dah blur nak jawab apa]..
Dialog 2:
Anak : Babah.. siapa tuhan kita.?
Bapa : Kitakan orang Islam, Allah la nak..
Anak : Tuhan kita ada berapa?
Bapa : Tuhan kita ada satu je.. Allah yang Maha Esa..
Anak : Ooo.. camtu.. Tuhan Ronaldo sapa lak?
Bapa : Ronaldo mana?
Anak : Alah.. yang main bola tu..
Bapa : OOoo.. sama la tuhan dia Allah la gak ..
Anak : Tuhan K.Rajagobal lak?
Bapa : sama la tuhan dia Allah la gak ..kan Tuhan ada satu je..
Anak : So sama je la jadi hindu ka kristen.. Tuhan Allah gak..
Bapa : Tak sama nak oii.. Tuhan dorang tetap lah Allah.. tapi agama hindu dengan kristen tu dia mensyirikkan Allah. Dia sembah benda lain lagi selain Allah.. sebab tu kita tak boleh ikut agama tu...
Anak : Ooo camtu..
______________________________________________________________________________
Akhir kata, lihatlah bagaimana puak puak dajjal merancang bagi merosakkan akidah umat Islam.. serampang dua mata.. Di sebelah kafir mereka ingin menggunakan perkataan Allah sebagai senjata untuk mempromosi pluralisme agama. Di sebelah umat Islam pula dengan isu yang sama ia cuba memesongkan kefahaman umat Islam tentang keEsaan Allah melalui kelemahan akidah umat Islam itu sendiri.
Aku menyeru agar kita lebih berhati hati dalam membuat kenyataan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah berkeladak ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
Wallahu a'lam