Tajuk di atas.... satu persoalan yang menarik (atau menakutkan?) untuk
diteliti, boleh diperbincangkan dan diperdebatkan. Takut apa? Takut
akidah terpesong? Takut apa orang kata? Takut kepada apa yang bakal
difahami? Takut membuang masa kalau difikirkan?
Kalau takut tak payah baca.
Ini kerana apabila satu soalan itu diutarakan dan cuba untuk dijawab,
akan timbul lain-lain persoalan dalam minda kita. Kalau tak percaya...
teruskan pembacaan artikel ini... sedarilah kesannya...
Persoalan-persoalan yang muncul kadang kala menyebabkan perbincangan
hilang fokus . Inilah yang berlaku dalam setiap artikel yang ditulis
tentang hal ini. Oleh itu artikel ini hanya cuba menjawab persoalan yang
diutarakan dalam artiklel ini sahaja. Lain-lain persoalan akan cuba
dihuraikan didalam perbincangan artikel yang lain.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 Allah berfirman
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang
tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat
Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi
ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang
maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut
kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam
hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa
yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari
Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak
ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan
Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya
dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu
datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran
dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Hari demi
hari semakin banyak dalil2 aqli (dalil2 secara hukum akal) yang muncul
dari segenap penjuru dunia, namun masih lagi tiada saintis, pengkaji dan
penyelidik yang cuba memperolehi jawapan dari sudut pandangan islam.
Kadang kala kekhuatiran muncul disebabkan sesetengah kajian dan penemuan
mereka diselang selikan dengan pandangan agama mereka sendiri sehingga
boleh menjejaskan akidah dan pegangan orang islam. Oleh itu timbul minat
yang mendalam untuk cuba2 mencari jawapannya dari sudut pandangan dan
ilmu Islam.
Persoalan-persoalan berkenaan adakah makhluk asing
dan UFO ini membantu memperkembangkan tamadun dan kebudayaan manusia
masih lagi menimbulkan kesangsian. Adakah telah terjawab. Jika sudah
terjawab mengapakah terlalu amat sedikit maklumat yang disalurkan kepada
pihak umum. Mengapakah ini berlaku? Mengapakah benda-benda pelik ini
begitu banyak muncul hanya muncul dinegara-negara barat dan
Negara-negara bukan islam. Adakah kerana teknologi barat lebih maju
menyebabkan mudah untuk mengesan kehadiran mereka. Benarkah begitu?
Adakah mereka ini dikirim sebahagian dari peringatan-peringatan dari
Allah kepada manusia-manusia yang lupa dan lalai?
Persoalan
tentang alam ghaib tidak perlu diragukan oleh para muslimin. Persoalan
ghaib seperti syurga neraka, dosa-pahala, hari kiamat itu sememangnya
telah dijelaskan oleh Allah dan Nabi Muhamad S.A.W. Walaupun perkara
tersebut diluar imiginasi batas pemikaran minda manusia, sebagai orang
islam, hukumnya WAJIB untuk kita mempercayainya.
Firman Allah surah Al Baqarah ayat 2 hingga 3
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya
dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman
kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada mereka.
Pokok persoalan kembali lagi. Adakah
perkara berkenaan makhluk asing atau Alien dan UFO ini ada didalam Al
Quran, dan adakah wajib kita mempercayainya. Jawapannya masih sama iaitu
tiada penjelasan yang terang. Namun jika para pembaca Blog ini terus
mengikuti artikel-artikel yang di kemukakan, para pembaca blog ini akan
mendapati bahawa Al Quran ada bercerita tentang perkara ini, melalui
sudut yang berbeza. Mahasuci Allah, Kerana percayalah keterangan itu ada
didalam Al Quran. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji.
Firman Allah surahAl-Jinn ayat 1
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa
sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku
bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan)
berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci)
yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
…Subhanallah…
Didalam Al Quran, terdapat firman Allah yang boleh dijadikan sebagai rasional untuk umat islam mendalami penyelidikan ini.
Firman Allah surah Al’Hajj ayat 46
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya –
dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang
yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga
yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka
mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati
yang ada di dalam dada.
Ayat Al Quran ini menjelaskan kepada
semua umat manusia betapa perlunya manusia sebagai makhluk Allah
mengembara ke seluruh muka bumi melihat sendiri, mendengar dan memahami
apa sebenarnya yang berlaku diatas muka bumi ini. Sebahagian muslimin
mungkin berhujah bahawa ayat-ayat ini hanya ditujukan kepada kaum-kaum
tertentu yang telah dinyatakan didalam Al Quran seperti Kaum Tahmud,
Kaum Ad, Kaum Saba, penduduk Aikah, Kaum Madyan dan beberapa kaum lain.
Benarkah begitu?
Jika benar begitu bagaimana kaum-kaum lain yang
turut dibinasakan oleh Allah akibat kelalaian mereka seperti Kaum Inca,
Aztech, Mayan, Aksum (Axum), Bamiyan, Sumeria, Akkadian, Amorites,
Assyrians, Babylonians, Chaldeans, Hittites, Kassites, Mesopotamia dan
sebagainya. Kaum-kaum ini tidak terdapat didalam Al Quran, tetapi
kaum-kaum ini mempunyai tinggalan-tinggalan arkeologi yang masih di kaji
oleh para saintis. Bangunan-bangunan seperti Piramid, Puma Punku,
Serapeum, Mesoamerican pyramids, Baalbek, dan Machu Picchu masih lagi
wujud dan menjadi mysteri dikalangan arkeologis.
Bangunan-
bangunan ini didalamnya tertulis maklumat-maklumat manusia zaman dahulu
yang kebanyakaannya tercatat dalam bentuk simbol-simbol purba, seperti
Hieroglyphs, dan Hieratic oleh Mesir Purba dan Puak Mayan, Piktograms
dan Cuneiform oleh Mesopotamia, Aztec dan Mixtec serta abjad Phoenicians
oleh Kaum Phoenician yang kebanyakkannya menjadi asas kepada huruf
serta abjad yang digunakan pada hari ini.
Ramai pengkaji barat
mempunyai teori dan percaya bahawa makhluk-makhluk asing yang lebih maju
dari dunia lain telah melawat manusia sejak zaman dahulu lagi.
Makhluk-makhluk asing ini kemudiannya telah berkongsi ilmu pengetahuan
sains dan teknologi yang mereka ada seperti astronomi, konsep-konsep
kejuruteraan dan ilmu matematik dengan manusia. Para pengkaji barat
percaya bahawa ilmu-ilmu ini telah dijadikan asas bagi perkembangan
agama dan budaya manusia-manusia zaman purba.
Melalui pengetahuan
seperti ini, manusia zaman purba berjaya membina monumen dan tugu-tugu
lama seperti garisan Nazca, Piramid Giza, patung-patung Pulau Easter,
Pyramid of Khafre, Pyramid of Menkaure, Mesoamerican pyramids, Colossus
of Rhodes, Hanging Gardens of Babylon, Machu Picchu, Tample of Baalbek
dan lain-lain Adakah ini benar? Adakah terdapat petunjuk-petunjuk yang
boleh membuktikan perhubungan berkenaan.
Pertembungan dan
perhubungan diantara dua bangsa besar berbeza dunia secara kronologi
dapat dilihat melalui siri History channel bermula dari “Ancient Aliens:
Chariots, Gods & Beyond”, “The Evidence” “The Visitors” “The
Mission” “Closer Encounters” “The Return“. Siri ini ada di tayangkan di
History Channel oleh Astro satu masa dulu, dan siri ini boleh juga di
tonton di History Channel: Ancient-aliens, di Youtube UFO – Ancient
Aliens The Mission (Full Movie ( 2010) dan Top Documentary Films
Menurut pandangan Dr. Algund Eenboom, beliau percaya bahawa terdapat
makhluk asing yang memberi dan berkongsi pengetahuan dan teknologi
saintifik dengan manusia-manusia di bumi pada zaman dahulu. Pandangan
beliau adalah berasaskan kepada penemuan artifak –artifak purba yang
mempunyai ciri-ciri “ciri-ciri teknologi “yang sama fungsinya dengan
peralatan-peralatan zaman moden yang ada sekarang. Selain itu semakin
banyak bangunan-bangunan purba ditemui yang hampir kesemuanya mempunyai
maklumat yang berkaitan dengan kehadiran makhluk-makhlik asing di bumi
ini pada suatu masa dahulu.
Pandangan ini turut di kongsi bersama
ramai pengkaji dan saintis seperti Dr. Uwe Apel, Dr. Steven M. Greer,
Robert Bauval, Christoper Dunn, Giorgio A.Tsoukalos, Phillip Coppens,
Hancock, Bill Birnes, Robert Frisbee, Michael Cremo, David Childress,
Peter Palutikof dan ramai lagi pengkaji yang menjalankan kajian dalam
bidang ini.
Beberapa penulis barat dalam buku mereka menyatakan
bahawa makhluk asing telah melawat bumi sejak zaman purbakala atau
prasejarah dan telah berhubung dengan manusia. Mereka berpendapat bahawa
hubungan ini mempengaruhi perkembangan budaya, teknologi, manusia dan
agama. Mereka berpendapat dari perhubung ini mula wujud idea-idea
“dewa-dewa” dari langit yang banyak ditulis dalam manuskrip-manuskrip
agama purba. Pelawat-pelawat asing sedemikian itu dipanggil sebagai
angkasawan purba (Ancient astronauts) atau makhluk asing purba.
Cadangan-cadangan ini telah dipopularkan, terutamanya dalam separuh
kedua abad ke-20, oleh penulis-penulis seperti Erich von Däniken,
Zecharia Sitchin, Robert KG Temple, David Icke dan Kolosimo Peter,
tetapi idea kehadiran angkasawan purba (ancient astronauts) ini membawa
kepada perubahan dan perkembangan agama sebenarnya tidak diambil serius
oleh kebanyakan ahli akademik, dan tidak mendapat tempat atau hanya
sedikit sahaja yang telah dikaji secara serius oleh beberapa pengkaji.
Erich von Däniken bukunya Chariots of the Gods? Berpendapat
artifak-artifak purba sepert Stonehenge, Puma Punku, Moai Easter Island,
Piramid Agung Giza, bateri elektrik Baghdad purba telah dibina sama ada
secara langsung oleh pelawat-pelawat angkasa atau oleh manusia yang
belajar dari para pelawat ini. Von Däniken juga berpendapat asal-usul
agama purba berasaskan kepada pertembungan dengan makhluk asing ini.
Menurut pandangan beliau, manusia menganggap teknologi-tekonologi
makhluk asing ini sebagai sesuatu yang luarbiasa dan makhluk
asing-makhluk asing tersebut dianggap sebagai tuhan.
Erich von
Däniken membincangkan Ramayana dan vimanas dalam bab 6 Chariots of the
Gods?, yang menunjukkan bahawa terdapat “kenderaan angkasa” yang
digunakan oleh Rama. Untuk menyokong teori beliau, beliau juga mengambil
terjemahan dari 1889 Mahabhrata oleh C. Roy yang bermaksud “Bhima
terbang dengan Vimana pada sinar yang sangat besar yang cemerlang
seperti matahari dan membuat bunyi seperti guruh “.
Zecharia
Sitchin dalam siri bukunya The Earth Chronicles, bermula dengan Planet
ke-12 iaitu “Nibiru”. Tafsiran Sitchin berkisar pada teks Sumeria purba
dan Timur Tengah, tapak megalitik, dan artifak dari seluruh dunia.
Menurut beliau tuhan-tuhan purba Mesopotamia sebenarnya adalah
angkasawan dari planet Nibiru. Sitchin mendakwa terdapat teks Sumeria
yang merekodkan cerita 50 Anunnaki iaitu penduduk planet bernama Nibiru,
yang datang ke Bumi kira-kira 400,000 tahun yang lalu dengan niat untuk
melombongan mentah, terutamanya emas, untuk dihantar kembali ke Nibiru.
Robert KG Temple, dalam bukunya Misteri Sirius berhujah bahawa
orang-orang Dogon di Sudan menyimpan rekod lawatan dari angkasa lepas
dari sekitar 5000 tahun yang lalu. Beliau mengemukakan pelbagai bukti,
termasuk pengetahuan astronomi yang maju yang diwarisi oleh suku kaum
ini,
Orang-orang Dogon mendakwa bahawa mereka telah diberikan
pengetahuan astronomi yang maju oleh “Bintang Tuhan” (Star God).
Penyelidik yang menyiasat suku kaum ini dari tahun 1931-1956 melaporkan
bahawa orang-orang Dogon percaya bahawa bintang paling terang di langit
iaitu Sirius, ditemani dua bintang lain iaitu : pō tolo (bintang
Digitaria), dan ęmmę ya Tolo, (bintang perempuan Sorgum), Mereka
mendakwa orang-orang Dogon tahu tentang cincin Zuhal, dan bulan-bulan
Musytari. Orang-Orang Dogon mempunyai empat kalendar iaitu kalendar
matahari, bulan, Sirius dan Zurah (Venus).
Bintang kedua dalam
orbit Sirius-A, yang dipanggil Sirius-B, hanya ditemukan berdasarkan
pengiraan matematik yang dilaksanakan oleh Friedrich Bessel di Eropah
pada tahun 1844. Sementara kewujudan bintang kerdil ketiga di sekitar
Sirius (Sirius-C), seperti bintang yang diterangkan dalam akaun
orang-orang Dogon, hanya ditemukan pada tahun 1995, selepas kajian
graviti yang kompleks dilaksanakan.
Menurut cerita turun temurun
yang disampaikan secara lisan, makhluk asing dari sistem Sirius dikenali
sebagai Nommos telah melawat bumi ribuan tahun yang lalu. Bangsa Nommos
adalah bangsa yang hodoh, menyerupai makhluk amfibia seperti ikan.
Makhluk asing Nommos ini juga dipercayai telah muncul di peradaban
Babylonia, Akkadian, dan Sumeria. Dewi Mesir Isis, juga kadang-kadang
digambarkan sebagai duyung, juga dikaitkan dengan bintang Sirius.
Menurut orang-orang Dogon, makhluk asing Nommos, hidup di sebuah planet
yang mengorbit bintang lain dalam sistem Sirius. Mereka mendarat di
Bumi dalam sebuah “bahtera” yang berputar dengan pantas ke tanah dengan
bunyi bising dan kuat diiringi oleh angin. Ini adalah makhluk asing
Nommos yang memberi orang-orang Dogon pengetahuan tentang bintang
Sirius, Sirius B dan C, sebelum ditemukan oleh para astronomer moden.
Kedua-dua ahli antropologi yang mengkaji tamadun Dogon selama dua
dekad, Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen, keliru dengan sistem
bintang Sudan ini. Kesimpulan kajian mereka di akhiri dengan kata-kata
berikut : “The problem of knowing how, with no instruments at their
disposal, men could know the movements and certain characteristics of
virtually invisible stars has not been settled, nor even posed”. Lebih
kurang bermaksud “Masalah bagaimana, tanpa mempunyai peralatan,
orang-orang ini mengetahui pergerakan dan ciri-ciri tertentu bintang
yang tidak kelihatan dan juga tidak pernah ditemui sebelum ini”.
Robert KG Temple juga mengambil keterangan-keterangan, dan perbandingan
sistem kepercayaan antara tamadun purba seperti Mesir purba dan Sumeria.
Karyanya beliau ini telah menarik perhatian dan dikaji selanjutnya oleh
ahli-ahli antropologi budaya (cultural anthropologists) Marcel Griaule
dan Germaine Dieterlen.
Carl Sagan dan Shklovski pada 1966 dalam
bukunya Intelligent Life in the Universe astrophysicists menumpukan
kepada hujah-hujah bahawa ahli-ahli sains dan ahli sejarah harus secara
serius mempertimbangkan kemungkinan bahawa berlaku hubungan ruang
angkasa (extraterrestrial contact) dalam catatan sejarah. Walau
bagaimanapun, Shklovski dan Sagan menegaskan bahawa idea ini adalah
spekulatif dan belum dibuktikan. Shklovski dan Sagan memetik
cerita-cerita dongeng orang Oannes, terhadap wujudnya manusia ikan
(fishlike being) yang menyumbangkan pengetahuan dalam bidang pertanian,
pengajaran matematik, dan seni untuk penduduk awal Sumeria awal.
Dari keterangan Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen serta Carl Sagan
dan Shklovski, terdapat persamaan berkenaan makhluk asing yang
mendatangi kaum Dogon, Oannes, Babylon dan Sumeria iaitu makhluk asing
berkenaan berbentuk seperti ikan atau amfibia. Adakah kaum-kaum ini
didatangi oleh makhluk asing dari bangsa yang sama??
Kesemua
pendapat para pengkaji diatas adalah berdasarkan Berdasarkan kepada
cerita lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan dibuat
perbandingan dengan catatan-catatan purba.
Berikut adalah
rekod-rekod yang ditemukan didalam manuskrip dan kitab-kitab agama purba
yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku semasa
pehubungan (contact) ini bermula.
Ramayana
Didalam
metodologi agama Hindu, Rama yang dialu-alukan kembali ke Ayodhya dalam
“kereta terbang” (viminas); beberapa ahli-ahli teori angkasawan purba
(ancient astronauts) mendakwa sebagai bukti bahawa mesin terbang telah
wujud sejak di zaman purbakala purba
Dalam mitologi Hindu,
tuhan-tuhan dan perjalanan avatar mereka dari satu tempat ke tempat di
dalam kenderaan terbang (pelbagai dipanggil “kereta-kereta kuda
terbang”, “kereta terbang” atau Vimanas). Terdapat banyak petikan yang
menyebut berkenaan mesin terbang dalam Ramayana, yang bertarikh abad
ke-5 atau ke-4 sebelum Masehi. Berikut adalah satu contoh:
From Book 6, Canto CXXIII: The Magic Car:[29]
Is not the wondrous chariot mine,
Named Pushpak, wrought by hands divine.
…
This chariot, kept with utmost care,
Will waft thee through the fields of air,
And thou shalt light unwearied down
In fair Ayodhyá’s royal town.
From Book 6, Canto CXXIV: The Departure:
Swift through the air, as Ráma chose,
The wondrous car from earth arose.
And decked with swans and silver wings
Bore through the clouds its freight of kings.
Adalah dinasihatkan teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan
rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
Book of Genesis and Book of Enoch
Dalam The Book of Genesis, chapter 6 verses 1–4, states:
When human beings began to increase in number on the earth and
daughters were born to them, the sons of God saw that the daughters of
humans were beautiful, and they married any of them they chose.
The Nephilim were on the earth in those days—and also afterward—when the
sons of God went to the daughters of humans and had children by them.
— Genesis 6:1–4 (New International Version)
Ayat berkenaan ditafsirkan adalah bahawa Nephilim adalah anak kepada
“anak-anak tuhan” dan “anak-anak perempuan manusia”, walaupun para
serjana mereka tidak begitu pasti. The King James Version menggantikan
istilah ” Nephilim” dengan “gergasi
Bahagian pertama dalam The
book of Enoch mentafsir Genesis 6:1. Ia menjelaskan bahawa “anak-anak
tuhan” terdiri dari kumpulan 200 “malaikat” yang dikenali sebagai
“watchers“. Disebabkan melawan perintah tuhan, “watchers” ini dihantar
ke Bumi untuk berkembang biak dengan manusia. Anak-anak mereka adalah
Nephilim, “gergasi” yang “dmaksudkan sebagai manusia”. “watchers” juga
telah mengajar manusia dalam metalurgi dan kerja logam, kosmetik, sihir,
astrologi, astronomi dan meteorologi. The Book of Enoch juga
menerangkan bahawa “Watchers” sebagai “fallen angels“
Fallen
angel adalah konsep yang dibangunkan didalam Jewish mythology melalui
tafsiran The Book of Enoch. Perkataan fallen angel ini sebanarnya tiada
didalam Hebrew Bible ataupun New Testament. Orang Kristians mencedok
konsep fallen angels berdasarkan pemahaman mereka terhadap Book of
Revelation Bab 12. Fallen angels dikenalpasti sebagai the Watchers,
ataupun malaikat yang dihumban ke bumi dalam peperangan di syurga
diantara malaikat dengan Syaitan.
Bercakap tentang tajuk diatas,
pada akhir-akhir tahun kebelakangan ini terdapat banyak subliminal
messages yang disampaikan melalui wayang-wayang gambar seperti Percy
Jackson & The Olympians: The Lightning Thief, Class of The Titans,
dan The Immortal yang mengisahkan anak-anak tuhan ini. Ibu bapa muslimin
diharap dapat memberi penerangan yang jelas terhadap anak-anak. Jangan
harap pada rating G. PG. PG-13. R.sahaja.
- sekadar peringatan
Adalah dinasihatkan teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan
rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
Book of Ezekiel
Dalam Perjanjian Lama (Old Testament) Bible, bab 1 Buku Ezekiel
menceritakan satu visi di mana Ezekiel melihat “awan yang besar” yang
mengandungi api dan memancarkan kilat dan “cahaya yang cemerlang”. Pusat
api seperti logam bercahaya, dan di dalam api adalah apa yang dilihat
seperti empat makhluk hidup”. Makhluk-makhluk ini digambarkan sebagai
bersayap dan seperti manusia (humanoid), mereka “memecut ke hadapan dan
ke belakang seperti pancaran kilat” dan “api bergerak ke depan dan ke
belakang di kalangan makhluk”. Ayat seterusnya menggambarkan empat objek
berkilat, masing-masing terdapat “seperti roda-roda bersilang”.
Objek-objek ini boleh terbang dan mereka bergerak bersama makhluk
didalamnya: “Apabila makhluk didalamnya bergerak, roda ini juga
bergerak.
Didalam teks Book Of Ezekiel ini, Ezekiel melihat
sesuatu yang begitu menakutkanya sehingga beliau jatuh melutut.
Kemudian, dengan kemuliaan Tuhan, datang makhluk ini berpakaian berkilat
yang kelihatan seperti logam, dan berkata kepada Ezekiel, “Baiklah,
manusia, kami membawa anda di sini. Kami mahu anda membina bangunan
ini.” Dan Ezekiel bertanya, “Baiklah, kenapa saya perlu melakukannya?”
Dan makhluk tersebut berkata, “Itulah tujuannya kami membawa kamu ke
sini.”
Dan kemudian di mukasurat 40, dalam bahagian kedua Buku
Ezekiel, “dengan ukuran selepas pengukuran, selepas pengukuran. bangunan
yang sangat besar ini,datang Tuhan dengan kemuliaan dan mendarat.
Menurut Giorgio A. Tsoukalos “tuhan yang saya percaya tidak memerlukan
kenderaan untuk bergerak dari titik A ke titik B. apa sahaja yang
dinyatakan di dalam Perjanjian Lama bukan Tuhan; dan ia makhluk asing
yang telah disalah tafsir oleh nenek moyang kita sebagai suci dan
luarbiasa. Dan mengapa? Kerana salah faham berkenaan teknologi. Dan itu
adalah perkara asas yang terpakai kepada semua teori angkasawan purba”.
Adalah dinasihatkan teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan
rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
The Kebra Nagast
The Kebra Nagast adalah salah satu daripada teks yang paling penting
yang tidak pernah ramai orang mendengar tentangnya. The Kebra Nagast
bererti Buku Raja-raja (The Book of Kings), dan ia adalah buku atau teks
yang paling suci Ethiopia. Di dalam teks ini Raja Sulaiman digambarkan
mempunyai akses kepada beberapa jenis mesin terbang. Dibahagian itu
dunia sebelah sini, istilah “karpet terbang” sentiasa digunakan secara
umum. Adakah mereka benar-benar bermaksud karpet terbang itu sebenarnya
permaidani terbang atau adakah ia satu lagi istilah yang menerangkan
beberapa jenis mesin terbang?
David Childress “This was the
original Chariots of the Gods that Erich von Daniken talked about– the
flying magic carpets of the Arabian Nights stories. There are traditions
in the Middle East of King Solomon having this airship and flying to
different places in the Middle East, certain mountains which are known
as the Mountains of Solomon”.
The Kebra Nagast juga merujuk
kepada suatu peristiwa bagaimana Raja Sulaiman menggunakan mesin
terbangnya untuk melukiskan peta dunia.
Menurut Hancock “Some of
these maps show the world not as it looks today, but as it looked during
the last ice age. And this is really hard to explain. Everybody’s heard
of the Piri Reis map,but they’ve perhaps not heard of the Orontius
Finnaeus map or the Mercator maps that show Antarctica in great detail
hundreds of years before Antarctica was even discovered”.
Adalah
dinasihatkan teks-teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan
rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
The Dropa Stones
Kisah Batu Dropa bermula pada tahun ini 1938, dikawasan pergunungan
Baian-Kara-Ula di Perbatasan China dan Tibet. Chi Pu Tei seorang
profesor arkeologi di University Beijing telah memimpin satu ekspedisi
arkeologi ke kawasan pegunungan yang sukar untuk dimasuki oleh manusia.
Ekspedisi dilakukan berdasarkan kepada laporan-laporan yang menyatakan
terdapat satu bangsa primitif yang menduduki gua-gua di sekitar kawasan
pergunungan berkenaan.
Apabila pasukan ekspidisi menemukan
gua-gua berkenaan, mereka mendapati di dinding gua-gua berkenaan
terdapat piktogram-piktogram yang mengambarkan matahari, bintang-bintang
dan bumi yang di hubungkan dengan garis titik-titik yang halus.
Apabila kerja-kerja arkeologi dijalankan didalam gua berkenaan, pasukan
arkelogi telah menemui batu-batu berbentuk bulat seperti disk berukuran
sekitar Sembilan inci daimeter dan tiga suku inci tebal. Tepat di
bahagian tengah adalah bulatan sempurna tiga per empat inci besarnya
(berbentuk seperti CD atau DVD pada hari ini) Di muka depan disk
terdapat lakaran-lakaran yang sangat halus, yang dilakar dari bahagian
tengah disk hingga ke bahagian muka disk sebelah luar.
Kaedah
menulis ini Sama seperti kaedah merekodkan maklumat ke dalam Piring
Hitam CD atau DVD pada hari ini (phonograph). Percaya atau tidak kaedah
ini telah dilakukan kira-kira 10,000 dan 12,000 tahun dahulu. Sebanyak
716 buah disk telah ditemukan di sekitar kawasan berkenaan. Apabila
diperiksa dengan teliti, lakaran-lakaran berkenaan sebenarnya adalah
hieroglyphics atau tulisan purba.
Pada tahun 1862, Dr. Tsum Um
Nui, telah cuba untuk memecahkan kod-kod hieroglyphics berkenaan dan
berjaya. Tulisan tersebut memberi maklumat bahawa batu-batu itu ditulis
oleh orang-orang yang menyebut diri mereka sebagai bangsa DROPA. Setelah
berjaya menterjemahkan tulisan-tulisan berkenaan, Dr. Tsum Um Nui telah
menghantar hasil penemuan beliau kepada pihak universiti untuk
diterbitkan. Namun beliau telah dihalang dari menerbitkan mahupun
membicarakan tentang penemuannya kertas kajian kepada pihak umum oleh
Akademi Prasejarah. Dunia akademi memutuskan, tidak siapa yangharus tahu
tentang makhluk-makhluk asing Dropa dan perjalanan jauh mereka ke bumi.
1. Pihak Wikipedia telah menarik keluar maklumat berkenaan The DROPA
Stones dari internet sejak tahun 2009 tanpa sebarang alasan.
2.Hanya terdapat 2 keping gambar sebenar DROPA Stones dalam internet.
Gambar-gambar yang lain adalah terdiri dari The Phaistos Disk, The
Lolladoff Plate atau benda berbentuk bulat di lable sebagai DROPA Stone
(Hoax)
3.All About…. The Disk of Baian-Kara-Ula
4.Ramai pengemar UFO mengaitkan DROPA Stone dengan kejadian STS-75 The Tether Incident.
Apa pandangan anda?
Selain dari penemuan-penemuan diatas, terdapat juga pelbagai teks
sejarah lain dipetik sebagai bukti dan keterangan, contohnya seperti
pada abad ke-13 , didalam “Otia Imperialia” buku yang menceritakan
tentang sebuah kejadian di Bristol, England mengisahkan kehadiran UFO,
dan juga buku log Christopher Columbus yang merekodkan kapal angkasa
berbentuk cerut yang dilihat di seluruh Eropah pada zaman Wabak Hitam
(Black Plague).
Selain dari manuskrip dan kitab-kitab agama yang
merekodkan perhubungan diantara manusia dan makhluk asing, berikut
adalah beberapa tinggalan yang dikemukakan sebagai bukti bagi
membuktikan bahawa perhubungan diantara mansia purba dan makhluk Asing
pernah benar-benar berlaku.
Karya-karya Seni Purba
Bukti-bukti lain kewujudan angkasawan purba (ancient astronaut) telah
ditemukan pada lukisan didalam sebuah gua Palaeolithic (26 juta tahun
dahulu) di Wondjina ,Australia dan Val Camonica, Itali . Pada lukisan
ini terdapat gambar yang menunjukkan seorang angkasawan yang lengkap
berpakaian seperti angkasawan zaman moden yang memakai sesuatu di kepala
berbentuk kubah, yang ditafsirkan sebagai makhluk yang memakai topi
keledar angkasa, sama seperti angkasawan zaman moden sekarang.
Lebih banyak bukti-bukti dikemukakan seperti lukisan-lukisan zaman
kebangkitan dan pertengahan yang mempunyai bentuk-bentuk yang menyerupai
piring terbang digunakan untuk menyokong teori angkasawan purba dengan
cuba untuk menunjukkan bahawa pencipta manusia sentiasa pulang ke bumi
untuk memeriksa ciptaan mereka dari masa ke semasa.
Nazca Lines
Nazca lines terdiri daripada beratus-ratus lukisan besar yang terukir
di dalam padang pasir tanah tinggi Peru. Garisan ini mempunyai
bentuk-bentuk geometri, yang mengandungi pelbagai imej seperti haiwan
dan sekurang-kurangnya satu lakaran manusia. Ramai penyokong angkasawan
purba menyebut garis-garis Nazca adalah bukti nyata kerana lakaran yang
dihasilkan oleh garis-garis tersebut hanya dapat dilihat dari udara.
Profesor Joe Nickell dari University of Kentucky, percaya untuk membina
garisan yang membentuk lakaran berkenaan seseorang itu perlu menggunakan
teknologi yang tinggi bagi membolehkan garisan-garisan seperti itu
dibina dengan darjah ketepatan yang munasabah.
Artifak purba
Walaupun penemuan beberapa artifak ini ditafsirkan oleh ahli arkeologi
sebagai mewakili bentuk-bentuk makhluk yang terdapat dibumi seperti
burung dan serangga, namun tafisaran tersebut disanggah dengan pelbagai
penemuan artifak-artifak purba yang amat menakjubkan. Sebagai contoh
penemuan artifak purba seperti Burung Saqqara (The Saqqara Bird) di
Mesir dan, yang didakwa sama seperti kapal terbang dan glider zaman
moden.
Burung Saqqara artifak berbentuk burung yang diperbuat
daripada kayu Sycamore, yang ditemui semasa penggalian kubur Pa-di-Imen
di Saqqara, Mesir pada tahun 1898. Artifak berbentuk burung ini telah
dikenal pasti bertarikh kira-kira 200 SM, ditemukan didalam sebuah
piramid yang dibina padaa zaman Raja Djoser. Turut sama ditemui dengan
artifak ini ialah satu papyrus yang mengandungi inskripsi “Saya mahu
terbang”. Artifak burung Saqqara kini ditempatkan di Muzium Antikuiti
Mesir di Kaherah mempunyai lebar sayap 180 mm (7.1) dan berat 39,12 g
(1,380 oz)
Artifak burung Saqqara berbentuk seperti seekor
burung, mempunyai mata dan paruh, tetapi tidak pada sayap dan ekornya.
Menurut Dr. Algund Eenboom, sayapnya kelihatan tebal dan semakin nipis
berhampiran hujung. Badan artifak burung ini juga menirus kebahagian
belakang, menjadikan reka bentuk burung ini sangat aerodinamik. Ekor
burung saqqara in agak pelik, kerana tidak seperti ekor kebanyaakan
burung.
Menurut pandangan Dr. Uwe Apel, burung tidak memerlukan
kemudi kerana bentuknya yang aerodinamik. Oleh itu Burung Saqqara
bukanlah artifak yang mengambarkan seekor burung tetapi sebuah mesin
terbang, atau pesawat udara
.
Pada tahun 2006, pakar penerbangan
dan aerodinamik Simon Sanderson telah membina sebuah replika burung
Saqqara lima kali ganda lebih besar daripada yang asal dan mengujinya
didalam trowong angin untuk melihat sebarang kemungkinan ianya boleh
diterbangkan. Hasil ujian menunjukkan burung Saqqara adalah sangat
aerodinamik dan merupakan satu alat mengelungsur angin yang sangat maju.
Mereka juga mendapati rekabentuk ini adalah reka bentuk yang boleh
dilihat pada semua kapal-kapal terbang pada masa ini.
Pendapat-pendapat para saintis lain seperti Phillip Coppens, Hancock dan
Robert Bauval terhadap perkara ini dapat dilihat didalam dokumentari
ancient astronauts episod 1 berjudul The Evidance terbitan History
Channel.
Penemuan artifak-artifak purba di kawasan
tamadun-tamadun purba ini membingungkan ramai saintis dan pengkaji. Ini
adalah kerana artifak-artifak ini kebanyakannya berbentuk seperti
peralatan dan kenderaan moden, yang tidak mungkin boleh dicipta atau
digunakan pada masa berkenaan berdasarkan kepada kekangan teknologi,
infrastruktur dan persekitaran kawasan tamadun berkenaan.
7000 km
dari Mesir, dikawasan hutan tebal dan pergunungan Colombia ramai orang
percaya bahawa disini terletaknya Legenda Bandar Emas El Dorado.
Walaupun legenda bandar emas ini tidak pernah ditemukan, pada awal abad
ke-20, para perompak makam (tomb-robbers) telah menjumpai satu makam
purba berusia lebih 1,500 tahun dari tamadun pre-Columbian dikenali
sebagai Tolima. Antara artifak-artifak yang ditemui dimakam berkenaan
ialah beratus-ratus patung emas yang kecil bersaiz dua hingga tiga inci
yang kebanyakan mengambarkan pelbagai jenis serangga.
Walau
bagaimanapun, terdapat hampir sedozen dari artifak ini mempunyai
bentuk-bentuk yang agak pelik. Pelik kerana artifak-artifak kecil ini
kelihatan seperti pesawat udara moden. Artifak ini mempunyai sayap
bentuk segi tiga, mempunyai ekor yang tegak, penstabil dan fiuslaj, dan
begitu serupa dengan dengan pesawat moden. Bentuk asas sayap artifak ini
juga kelihatan amat serupa dengan bentuk sayap untuk pesawat
berkelajuan tinggi seperti kapal angkasa.
Pada tahun 1997,
pakar-pakar penerbangan Jerman termasuk Algund Eenboom , Peter Belting
dan Conrad Lübbers , telah membina satu replika skala model yang yang
dilengkapi dengan gear pendaratan dan enjin. Menurut Eenboom “Ianya agak
mudah, kerana kita tidak perlu meletakkan banyak bahagian kepada bentuk
ini kerana bentuk ini adalah sempurna. Segala-galanya telah dilakukan
oleh orang-orang purba 2,000 tahun yang lalu dan tidak perlu penambahan
atau pengubahsuaian”. Dalam ujian yang mereka lakukan,mereka mendapati
bahawa replika berkenaan benar-benar boleh terbang tanpa sebarang
masaalah.
Dua penemuan dari dua tempat yang berbeza menunjukkan
kebolehan, kemampuan dan pengetahuan manusia purba terhadap pengetahuan
ilmu penerbangan. Mungkinkah artifak-artifak ini dibuat secara tidak
sengaja? Kebarangkaliannya agak jauh. Ini kerana pembuatan artifak ini
jelas sekali menggunakan perkiraan matematik tertentu dan bukannya
berdasarkan perkiraan yang random.
Selain dua artifak yang
menunjukkan kebolehan orang zaman purba memahami kaedah-kaedah
penerbangan, walaupun jika sebenarnya mereka tidak pernah terbang,
ahli-ahli teori angkasawan purba (ancient astronauts) percaya
tamadun-tamadun yang lalu memiliki teknologi yang sama maju, kalau pun
tidak lebih maju dari teknologi pada masa sekarang.
Para pengkaji
menunjukkan kepada beberapa mitos-mitos budaya yang menggambarkan orang
langit yang datang ke bumi dalam naga bernafas api, atau mesin-mesin
besi sebagai bukti lawatan ruang angkasa.
Menurut David Childress
“Pada pendapat saya, legenda dan mitos-mitos berdasarkan sesuatu yang
sebenarnya berlaku. Dan sementara mereka telah “memitoskan” dan
memperbesar-besarkan cerita dalam banyak kes, dalam fikiran saya,
terdapat beberapa perkara yang benar di sini bahawa orang-orang pada
zaman purba benar-benar terbang dalam kapal udara seperti yang kita
lakukan pada hari in”.
Tetapi mungkinkah kapal angkasa mereka
telah sampai ke Bumi menggunakan sistem pendorongan (propulsion)?
Persoalan ini membawa ke benua kecil India. India dianggap sebagai salah
satu tamadun tertua dengan rekod penempatan sejak lebih 1,1000 tahun
dahulu. Ia juga rumah kepada beberapa rekod tertua teknologi purba.
Teks purba Sanskrit, sejak sejauh 6000 SM, menerangkan secara detail
terhadap sebuah mesin terbang yang dipanggil “Vimanas”. Menurut Eenboom,
Vimanas adalah mesin terbang, dan dikuasakan oleh suatu enjine
sesetengahnya seperti enjin jet. Ini seolah-olah benar kerana semua
perihal tingkah laku penerbangan: “gajah yang melarikan diri dalam
keadaan panik” Rumput telah dibuang kerana ada banyak tekanan dari
belakang Vimanas, yang menerangkan keadaan yang berlaku sewaktu
penerbangan dimulakan.
Menurut David Childress Sains Aeronautik,
(Vymaanika-Shaastra) bercerita tentang masuk ke dalam mesin terbang yang
diperbuat dari logam, tentang tenaga elektrik, sumber kuasa mesin
terbang ini diperolehi dari mesin yang di panggil gyroscope, juruterbang
dan pakaian yang mereka perlu pakai, makanan yang mereka makan, tentang
senjata-senjata yang disimpan diatas mesin terbang dan juga sistem
pendorongan mesin terbang yang berasaskan gabungan gyroscopes, elektrik,
dan raksa.
Dr. Eenboom “manual penerbangan Vimanas agak serupa
dengan manual penerbangan dalam setiap kapal terbang moden”. Michael
Cremo “Kami juga mendapat tahu bahawa ini Vimanas boleh dikawal
menggunakan minda”, iaitu satu teknologi moden yang sedang dibangunkan
oleh manusia pada hari ini untuk mengawal kapal terbang.
Walaupun
sejarah arus perdana percaya teks Sains Aeronautik,
(Vymaanika-Shaastra) adalah mitos, namun dokumen ini banyak mengandungi
petikan-petikan yang menggambarkan jentera dan teknologi moden itu
sememangnya wujud pada masa tersebut.Dari teks berkenaan dapat
disimpulkan bahawa pengarang teks ini berpengalaman menaiki mesin
tersebut dan merekodkan sebegitu banyak mklumat berkenaan mesin ini.
Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan
gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.
Tanpa peralatan seperti ini manusia mengalami kesukaran untuk membina
dan menyiapkan bangunan-bangunan yang besar, moden dan tinggi. Namun
begitu, beribu-ribu tahun yang lalu, tamadun purba juga telah
menggunakan peralatan-peralatan yang mereka ada bagi membina tugu-tugu
dan kuil-kuil mereka menggunakan batu-batu besar.
Blok-blok batu
besar, kebanyakan beratnya melebihi 100 tan juga menjadi satu cabaran
walaupun untuk jurutera hari ini. Namun begitu, beribu-ribu tahun yang
lalu, orang-orang zaman dahulu telah telah memotong keluar batu pepejal,
diangkut dan kemudian mengangkat batu-batu besar ini tepat ke
tempatnya. Bagaimana mereka memotong blok-blok ini besar dan berat ini,
adakah menggunakan tukul, pahat, Atau adakah tamadun purba mempunyai
teknologi canggih yang telah hilang?
Para pengkaji zaman purba
tidak ragu-ragu menyatakan bahawa kebanyakan monument-monumen besar
adalah dibina oleh manusia zaman dahulu dan bukannya makhluk asing.
Namun begitu mereka menegaskan walaupun dibina oleh manusia
bangunan-bangunan ini dibina menggunakan teknologi dan kepintaran
makhluk asing. Menurut Christoper Dunn seorang pakar kejuruteraan,
piramid agung sahaja memerlukan lebih dua juta setengah blok batu besar
yang di potong dengan teliti. Berdasarkan kepada permerhatian beliau,
setiap blok batu yang beliau kaji mempunyai tanda-tanda mesin.
Christoper Dunn percaya bahawa batu-batu besar ini telah dipotong
menggunakan satu gergaji gergasi yang sangat besar setinggi hingga 35
kaki tingginya. Para pengkaji juga mendapati The Tample of Jupiter di
Baalbek, Lubnan di bina menggunakan blok batu yang beratnya sehingga
1000 tan atau 2 juta paund. Di satu kuari berhampiran dengan kuil
Jupiter ini terdapat “Stone of the Pregnant Woman” berbentuk empat
persegi, yang telah siap dipotong seberat 1200 tan. Untuk memindahkan
batu ini manusia zaman moden memerlukan kekuatan 21 buah kren pengangkut
yang besar.
Roger Hopkins berpengalaman memindah blok batuan
yang besar di Mesir satu masa dahulu. Menurut beliau “I’ve done pulling
operations in Upper Egypt. Thousands of people involved in the various
stages of the project, moving very fragile pieces of stone that weigh
hundreds, if not thousands, of tons. Yes, you can use ropes, but you’re
going to have to use other mechanical advantages.”
Tetapi jika
tamadun purba ini tidak mempunyai peralatan mekanikal moden, bagaimana
mereka memindah dan mengangkat batu-batu besar ini? Ada yang percaya
mereka telah diberikan kelebihan teknikal dari makhluk asing seperti
mesin pemotong laser dan alat anti graviti . Bagaimana pun pandangan ini
tidak popular dan tidak diterima ramai.
Roger Hopkins seorang
pakar pengukir dan tukang batu zaman moden berpendapat ketepatan pada
beberapa kerja yang di lihat di kuil-kuil purba ini sangat luar biasa.
Ia boleh dilakukan dengan tangan, tetapi ia akan mengambil jumlah masa
yang sangat
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “There exists one very
concise description of how these massive stones were transported from
the quarry to the building site. The master builders had the capability
of putting some type of a white substance, paper-like substance onto the
stones and they rode on it, and then they basically gave the stone
block a push, and it moved by six feet as if by magic. Now, did that
thing really move by magic? No, some technology was used”.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “In my opinion, the most tangible pieces of
evidence that we have regarding possible extraterrestrial technology is
when we look at the ancient stone-cutting techniques. Because in some
instances, we ourselves today could not replicate what our ancestors
allegedly accomplished with stonemasonry”.
Puma Punku adalah
kompleks kuil besar yang terletak di dataran tinggi yang tinggi di
Bolivia. Arkeologi berpendapat Puma Punku dibina kira-kira 200 Sebelum
Masehi. Orang-orang yang tinggal di sini tidak mempunyai bahasa bertulis
mahupun teknologi roda namun entah bagaimana mereka mampu membina satu
struktur yang paling kompleks di dunia. Ahli-ahli teori makhluk asing
melihat Puma Punku sebagai bukti yang jelas pengaruh makhluk asing
kepada penduduk bumi.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “The ruins we find at Puma Punku are simply extraordinary. Puma Punku defies logic.”
Keunikan bukan terletak kepada bagaimana batu-batu besar ini disusun.
Keunikan Puma Punku adalah rekabentuk batu-batu besar yang memerlukan
konsep matematik yang jauh dari apa yang ada pada manusia zaman moden
ini. Namun apa yang pasti seseorang telah membinanya pada masa lalu,
untuk tujuan yang tertentu, yang mana computer hari ini pun tidak akan
mampu untuk melakukannya.
Di Puma Punku ini terdapat beberapa
blok batu besar, beratnya sehingga 50 tan yang potong dan diukir dengan
cantik dan sangat tepat. Orang-orang dikawasan ini mempunyai kebolehan
untuk memotong dan mengukir batu yang boleh dikatakan mustahil untuk
dimiliki oleh satu kaum 5000 tahun dahulu, Bahkan ianya seakan mustahil
untuk dilakukan oleh manusia zaman moden ini walaupun mempunyai
peralatan yang lengkap. Oleh itu adakah benar terdapat makhluk asing
yang memberi mereka teknologi berkenaan?
Begitu juga di Machu
Picchu yang terletak di kawasan pergunungan Andes di Peru. Machu Picchu
dibina oleh Kaum Inca pada abad ke 15 dan ditinggalkan 100 tahun
kemudian. Penduduk kawasan ini juga mempunyai kemahiran yang tinggi
berkenaan dengan ukiran batu (stone craving).
Terdapat beberapa
pengkaji purba berpendapat bahawa batu-batu berkenaan sebenarnya telah
dileburkan terlebih dahulu, sebelum dituangkan kedalam acuan-acuan
berbentuk tertentu. Walaupun teori ini boleh diterima pakai, untuk
meleburkan batu-batu keras ini, manusia memerlukan api atau haba yang
panasnya melebihi 3000 darjah celcius. Persoalan yang muncul adakah
mereka mampu untuk menyediakan api yang sedemikian panas? Jika mereka
mampu, dari mana teknologi tersebut mereka perolehi?
Bukti-bukti
tinggalan diatas hanya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding
jawapan. Para pengkaji barat masih lagi mengkaji kemungkinan-kemungkinan
yang ada. Namun teori yang menyatakan bahawa terdapat bangsa dikalangan
makhluk asing yang membantu memperkembangkan peradaban manusia di bumi
masih benar-benar belum dibuktikan sepenuhnya.
Kegemilangan
tamadun sesuatu bangsa itu dilihat melalui pencapaian-pencapaian dan
kejayaan mereka dari sudut kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Kekayaan,
kemewahan dan kekuasaan suatu bangsa atau kaum ini tidak akan hadir
tanpa melalui pekembangan ilmu pengetahuan sains dan teknolog. Sedangkan
terdapat bukti-bukti konkrit dari tinggalan-tinggalan arkeologi bahawa
bangsa-bangsa ini sangat maju dalam ilmu sains dan teknologi.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kaum-kaum ini sangat maju satu
masa dahulu. Adalah dipercayai bahawa kaum-kaum ini juga telah menguasai
ilmu ekonomi, linguistik, astronomi dan juga sains penerbangan.
Bagaimana mereka menguasai ilmu-ilmu ini masih menjadi tanda tanya.
Teori yang paling hampir adalah mereka memperolehinya dari bangsa dari
luar dunia ini.
Cuba lihat kemajuan yang ada pada manusia pada
hari ini. Adakah kemajuan, kemewahan dan kekayaan manusia pada hari ini
berkembang tanpa ilmu, sains dan teknologi?
Kesimpulannya ramai
penyokong dan pengkaji teori ini yakin bahawa Manusia zaman purba
(manusia zaman dahulu) memperolehi ilmu pengetahuan terutama dalam
bidang sains teknologi, matematik, astronomi, linguistik dan sebagainya
dari makhluk asing. Ini kerana menurut mereka kebanyakan
tinggalan-tinggalan zaman purba yang dapat dilihat pada hari ini
memerlukan teknologi yang moden untuk membinanya. Sebagai contoh,
Garisan Nazca memerlukan sesuatu yang boleh terbang di udara untuk
membinanya. Begitu juga monumen-monumen purba seperti kompleks piramid
Khufu, Khafre, Menkaure’s, Sphinx, Tomb of Queen Khentkaues I,
Quetzalcóatl Piramid, Temple of Khons, Temple of Baalbek, Stonehenge,
Puma Punku, Ziggurat, The Moai of Easter Island, Machu Picchu,
Teotihuacán, Serapeum, Hanging Gardens of Babylon, Mesoamerican piramid
dan banyak lagi yang hanya (sepatutnya) boleh dibina menggunakan
matematik, sains teknologi dan engineering moden yang ada pada hari ini.
Bagaimana pula dengan ilmu astronomi yang dimiliki oleh kaum Dogon yang
terlalu maju berbanding dengan zaman mereka? Bagaimana pula bangsa
DROPA yang mengatakan mereka berasal dari planet yang jauh dari bumi?
Artikel ini hanya menterjemahkan sahaja penulisan dan pendapat mereka
kedalam bahasa melayu dari artikel asal yang ditulis dalam bahasa
Inggeris.
Segala petikan diatas adalah diambil sepenuhnya
daripada artikel-artikel dan juga video yang dikemukakan oleh para
pengkaji fenomena makhluk asing dari barat yang bukan beragama Islam.
Bukti fizikal yang dikemukakan adalah benar, Cuma kemungkinan tafsiran
dan penerangan yang diberikan adalah berdasarkan kepada pendedahan para
pengkaji berkenaan terhadap cara hidup mereka, sosiobudaya dan agama
mereka.
SOALAN : Adakah dikatakan mustahil bahawa beribu-ribu
tahun dahulu terdapat makhluk asing yang datang melawat dan berkongsi
pengetahuan dengan manusia di bumi? jawapannya …..TIDAK MUSTAHIL.
Firman Allah Surah Al-Baqarah Ayat 1 Hingga 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya
dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Firman Allah Surah Yunus Ayat 1
Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.
Firman Allah Surah Hud Ayat 1
Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya
dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu.
(Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana,
lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Firman Allah Surah Yusuf Ayat 1 Hingga 2
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan
kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang
dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk)
memahaminya.
Firman Allah Surah An-Nur Ayat 35
Allah yang
menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab
Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah
lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih
terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan
dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun
yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja
semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);
hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya
bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur
hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):
cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan
Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia;
dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah Surah Az-Zukhruf Ayat 8
Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam
serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang
di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai
umat-umat yang telah lalu.
Firman Allah Surah Az-Zumar Ayat 25 hingga 28
(Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah
mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka), lalu orang-orang
itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya. Maka Allah
merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala
bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan
untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini,
tentulah mereka tidak mendustakan Rasul). Dan demi sesungguhnya! Kami
telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam
Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. laitu
Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan
yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
Jika para pembaca terus
mengikuti artikel-artikel yang telah dikemukakan terdahulu, para pembaca
akan mendapati bahawa Al Quran ada bercerita tentang perkara ini,
melalui banyak sudut yang berbeza. Maha Suci Allah, kerana percayalah
keterangan itu ada didalam Al Quran. Ini adalah sesuatu yang menarik
untuk dikaji. Insya Allah.
Firman Allah surahAl-Jinn ayat 1
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa
sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku
bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan)
berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci)
yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan.
Semoga bermanfaat diketahui dan difikir2 kan.
(Nukilan Saudara Ahmad Zulkarnain)