Rabu, 16 Disember 2020

Part 5 : Dua Rahsia Sulit Terbesar

Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau? Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu, The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau, kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama, sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru, pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II, raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem). Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur. Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci, para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak, tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah tewas di tangan orang-orang Islam, mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau perbankan, dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian, pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight Templar dan menghukum para ahlinya. Grand Masternya, Jacques de Molay dan orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?

Mengapa pihak Gereja mengambil keputusan menghukum mereka setelah sekian lama membiarkan mereka berbuat sesuka hati?

Apakah yang mereka temui di Baitul Maqdis?

Untuk mengetahui mengapa para Templar dibunuh, kita hendaklah mengkaji apakah ketakutan para Biskup dan paderi Gereja Roman Katolik selama beratus-ratus tahun. Kita juga hendaklah mengkaji peranan 'secret societies' dan hubungan mereka dengan pihak gereja. Mengapa dahulunya para Templar yang hanya berjumlah sembilan orang, miskin dan kekurangan kuda berubah mendadak menjadi kaya raya, tidak seperti aliran Tentera Salib yang lain seperti Hospitallers (St. John) dan Teutonic.

Kita hendaklah membuka peti 'harta' yang dijumpai oleh Knight Tempar ini,yang digelar Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman.

Rahsia Para Templar

Wang Syiling Knight Templar

Sebelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh cendekiawan Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem

·         Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman
#Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman AS hasil rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.
#Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.
#Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan 'relics' yang lain lantas menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.
#Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa AS telah berkahwin dan meninggalkan zuriat.
#Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa AS.
#Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke Eropah.
#Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.

Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan sejarah gereja,'secret societies' dan Knight Templar itu sendiri akan menemui keserasian dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-Chateau.

Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak ekstrem, kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam, pasti ada sumber sejarah, kalau pun sumber Kristian menafikannya, pasti ada sumber sejarah Islam mengesahkannya. Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang awam Islam, Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja. Jadi tentera-tentera Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka yang melampau. Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya, Knight Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam, hanya sedikit sahaja yang menerimanya. Dan perlu diingat, ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran Hittin, para Templar yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari balik ke Eropah selepas mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.

Sebelum kita menyiasat rahsia para Templar, kita ikuti sejenak situasi peperangan terbesar dan terdasyat di antara Tentera Salib dan Tentera Islam (suasana peperangan inilah yang menginspirasikan situasi perang antara tentera Aragon dan Sauron dalam The Lord of The Rings) iaitu Pertempuran Hittin, di mana para Templar turut serta di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan